Ahad, 2 Ogos 2009

ORKID HARIMAU (GAJAH),BERBUNGA

Orkid harimau (gajah) di rumah aku telah berbunga. Tingginya hampir 6'. Aku tidak sedar bila ia mula berbunga. Bila aku sedar tingginya sudah hampir 6'. Aku pecaya tentu ramai peminat orkid belum pernah melihat raja orkid ini berbunga. Aku juga belum pernah melihatnya. Aku berjanji akan mengambil gambar dari semasa ke samasa dan masukan dalam blog. Agar kita semua berkongsi pengalaman yang amat berharga ini.